Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran digital? Umum mengetahui, kemajuan jalur lebar yang amat pesat zaman kini memudahkan ramai pengguna untuk melakukan aktiviti mereka. Maka, dengan adanya internet ini, para penjual khususnya mampu memasarkan produk mereka secara atas talian.
Inilah yang dikatakan pasaran digital berdasarkan apa yang saya fahami daripada konsep pasaran digital ini, iaitu pasaran contohnya untuk mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan produk yang dipasarkan kepada segenap masyarakat secara atas talian, sebagai contoh media sosial sebagai medium memasarkan barangan jualan.
Terdapat pelbagai aplikasi media sosial yang boleh digunakan antaranya Instagram, Youtube, Twitter dan Facebook.
Bagaimana pula pendapat anda mengenai pasaran digital ini? Sudah terang lagi bersuluh, pasaran digital pastinya memberi sedikit sebanyak kebaikan kepada segenap masyarakat.
No comments:
Post a Comment