PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA 2018 : Kategori B (BBM1)

Monday, May 14, 2018

Malaysia Sedia Hadapi Ekonomi Digital

Utusan Online

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Ekonomi digital merupakan trend yang semakin berkembang dalam landskap perniagaan global dengan jumlah organisasi, perniagaan dan pelabur yang melaksanakannya semakin meningkat.

Ekonomi digital merujuk kepada suatu yang berdasarkan kepada teknologi pengkomputeran digital dan dijangka menjadi cara perniagaan dijalankan pada masa depan.


Kaedah yang digunakan terbukti menjadi lebih berkesan dari segi kos dan masa, berbanding cara tradisional.

Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia melaksanakan banyak strategi, termasuk peralihan kepada ekonomi digital untuk terus kompetitif dan relevan kepada persekitaran perniagaan yang moden.

Ketua Pengurusan Pelanggan Global bagi Asia Pasifik BNY Mellon, Gregory T. Roath berkata, Malaysia berada di landasan yang betul dari segi kesedaran dan minat terhadap ekonomi digital atau juga dikenali sebagai ekonomi internet.

“Berbincang dengan pelanggan kami (di Malaysia), seperti dana persaraan, mereka bersedia (untuk memulakan ekonomi digital) dan berbincang dengan kami untuk mendapat pemahaman mengenai apa yang BNY Mellon lakukan dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada mereka.

“Malah, sebahagian daripada pelanggan kami di rantau ini telah mengunjungi pusat inovasi kami, termasuk di Lembah Silicon.

“Tahap kesedaran dalam kalangan ahli perniagaan Malaysia berkaitan ekonomi digital amat tinggi pada masa ini, setanding dengan organisasi utama lain di rantau ini, berhubung pemahaman mereka mengenai teknologi dan minat untuk menggunakan teknologi terkini,” katanya kepada Bernama.


Pasaran Digital

Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran digital?  Umum mengetahui, kemajuan jalur lebar yang amat pesat zaman kini memudahkan ramai pengguna untuk melakukan aktiviti mereka. Maka, dengan adanya internet ini, para penjual khususnya mampu memasarkan produk mereka secara atas talian.

Inilah yang dikatakan pasaran digital berdasarkan apa yang saya fahami daripada konsep pasaran digital ini, iaitu pasaran contohnya untuk mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan produk yang dipasarkan kepada segenap masyarakat secara atas talian, sebagai contoh media sosial sebagai medium memasarkan barangan jualan.

Terdapat pelbagai aplikasi media sosial yang boleh digunakan antaranya Instagram, Youtube, Twitter dan Facebook.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai pasaran digital ini? Sudah terang lagi bersuluh, pasaran digital pastinya memberi sedikit sebanyak kebaikan kepada segenap masyarakat.